Isnin, 20 Jun 2016

Masturasiah Binti Katalleh 
BC13110070
Pantun Nasihat
Berjalan-jalan ke rumah wati
Singgah sebentar membeli barang
Jangan bercakap sesuka hati
Nanti benci semua orang

Budak-budak suka belari
Berlari pula ke pohon jati
Jangan mementingkan diri sendiri
Si kawan pula makan hati

Sungguh cantik si bunga mawar
Bunga mawar berwarna merah
Jangan suka tawar menawar
Pasti peniaga berasa marah

Kanak-kanak pergi mengaji
Pergi mengaji dengan badri
Jangan suka menyulam janji
Nanti memakan janji sendiri

Kebun Pak Ali ada markisa
Di beli oleh si orang kaya
Hidup mesti menepati masa
Nanti tidak orang percaya


Pantun Kasih
Pak Mail buat perahu
Mak Minah pula menati-nanti
Biarlah tuhan sahaja tahu
Sedang merindu di dalam hati

Mari memetik bunga selasih
Bunga diletak diatas kain 
Kalau kasih katakan kasih 
Tidak aku mencari lain

Saudara datang bertanya khabar
Lalu dijawab sang kunang-kunang
Kalau sudah hati tidak sabar
Cepat-cepat masuk meminang  

Sunggu cantik bunga melati
Bunga disimpan diatas para
Bila terlihat kekasih hati
Hati pula riang gembira

Halaman rumah bertanam manggis
Mangis dimasukkan dalam peti
Sudah ramai bertemu gadis
Namun dia tetap dihati


Tiada ulasan:

Catat Ulasan