Ahad, 24 April 2016

NURUL HAFIZAH JIZIN

                                      Selimut Kasih 
                                   nurul hafizah jizin bc13110162

 Azira pulang ke kampung di mana tempat dia dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih-sayang oleh ibu bapanya. Faktor kerjaya menyebabkan Azira tinggal di bandar setelah bekerja sebagai ahli geologi. Suasana di Felda Merpati agak sunyi dan kebanyakkan rumah yang dibina di kawasan itu hanya tinggal rumah yang tidak berpenghuni yang dipenuhi dengan putung-putung rokok.

   Azira akan menghabiskan masa dalam seminggu untuk bekerja di laut sebagai ahli geologi. Hanya waktu-waktu hujung minggu sahaja dia diberi kesempatan untuk pulang di samping suami tercinta. Kesibukan Azira menyebabkan suaminya Hamdi berasa sunyi apatah lagi mereka tidak mempunyai seorang anak pun setelah berkahwin selama 8 tahun. Hamdi seorang lelaki yang baik namun dia memiliki seorang perempuan simpanan yang bukan dianggap sebagai pelacur namun perempuan itu mampu merawat kesunyian dalam hidupnya selepas Azira bekerja dalam jawatan yang tinggi.

   Hamdi mengambil masa yang lama untuk menunggu kepulangan isterinya Azira daripada bekerja jauh di tengah-tengah laut. Hamdi memberanikan diri untuk memberitahu bahawa dia mempunyai seorang perempuan simpanan. Azira tidak dapat menerima kenyataan tersebut namun Hamdi menjelaskan bahawa dia dalam kesunyian semenjak Azira meninggalkannya setiap masa terutamanya ketika hari-hari penting mereka sebagai suami isteri. Azira akur dengan penjelasan yang diberikan oleh suaminya dan menyesali perbuatan itu sehingga dia mengambil keputusan untuk berpindah ke bahagian lain yang tidak memerlukannya turun ke tengah-tengah laut lagi semata-mata ingin membaiki hubungan mereka.

   Azira ingin menyambut ulang tahun dia dan suami di sebuah hotel yang mewah. Azira ingin memberi kejutan kepada suaminya kerana itu dia terlewat sampai ke tempat tersebut. Azira terburu-buru mengejar masa sehingga dia tidak sengaja melanggar bahu seorang lelaki sehingga telefon yang lelaki tersebut jatuh ke dalam lopak air. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut di situ, Azira bertukar nombor telefon di situ sebelum berlalu meninggalkan lelaki tersebut untuk bertemu suaminya.

   Azira mulai berhubung dengan lelaki yang bernama Rizman tujuan untuk meminta maaf dan ingin mengganti semula kerugian akibat perbuatannya tempoh hari. Mereka mula mengenali satu sama lain namun Azira menjaga statusnya sebagai seorang isteri kepada Hamdi. Rizman merasakan bahawa Azira seorang perempuan yang baik. Dia sangat menyukai Azira sejak kali pertama bertemu secara tidak sengaja. Mereka pernah keluar bersama walau Azira berat untuk meninggalkan suaminya kerana dia bimbang akan timbul salah faham namun sebagai tanda maaf, Azira tetap keluar bersama Rizman. Rizman mula timbul rasa sayang walaupun daia tahu Azira adalah isteri orang.

   Azira dihantar oleh suaminya untuk keluar bekerja namun dia tertinggal telefon di dalam kereta suaminya. Hamdi mengambil telefon itu dan disimpan di atas meja di pejabatnya. Telefon berbunyi dan Hamdi menyakakan itu adalah panggilan daripada isterinya yang ingin memberitahu bahawa dia tertinggal telefon. Belum sempat Hamdi mengatakan sesuatu, suara lelaki mulai kedengaran dengan mengukapkan kata sayang. Hamdi mulai rasai curiga dan meneliti satu persatu masej di dalam telefon tersebut sehingga berlakulah pergaduhan yang sangat besar. Azira menjelaskan dengan betul perkara sebenar dan Hamdi akur kerana dia juga pernah menyakiti isterinya dahulu semasa Azira pergi bekerja di tengah-tengah laut. Hubungan mereka kembali terjalin.

   Rizman bukan lelaki yang mudah berputus asa. Semasa Azira dan Hamdi menyambut majlis kesyukuran anak mereka yang pertama , Rizman menghampiri tempat tersebut dengan agenda jahatnya iaitu untuk membunuh Hamdi yang menjadi penghalang cintanya terhadap Azira seorang perempuan yang cukup sempurna baginya.  Rizman mengacukan pistol untuk menembak Hamdi yang ketika itu sedang berbual dengan tetamu yang datang. Tembakannya tidak mengena sasaran apabila muncul seorang perempuan secara tiba-tiba menghampiri Hamdi. Tembakan tersebut terkena perempuan itu. Perempuan itu rebah di sisi Hamdi. Rizwan terpaku apabila menyakakan bahawa perempuan yang terkena tembakan itu adalah Azira. Hamdi meraung menatapi perempuan yang berlumuran darah itu sambil ditemani anak kecil di sisi. Azira terpaku melihat suaminya mengucup dahi perempuan itu sambil mengatakan bahawa dia sangat menyintai perempuan itu. Kejadian itu membuka rahsia bahawa perempuan itu adalah perempuan simpanan yang pernah diceritakan oleh suaminya dan kejadian itu juga membongkar rahsia bahawa perempuan itu adalah madunya dan anak kecil yang berada di sisi mereka adalah anak kepada suaminya.

   Azira sangat sedih mengenangkan peristiwa itu. Perasaannya yang semakin kosong telah membawanya pulang ke kampung halaman di mana tempat dia dibesarkan dan bersekolah di situ sehingga menjadi kebanggaan penduduk kampung di Felda Merpati setelah mendapat tajaan daripada PETRONAS untuk sambung belajar ke luar negara dalam bidang geologi. Perjalanannya ke kampung tersebut diiringi air mata dan kandungan yang baru mencecah 3 bulan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan