Ahad, 24 April 2016

PUISI (nurazliza)

‘Sebuah Kerinduan’
Jujur aku katakan, aku rindu.
Ku titipkan agar dirimu sentiasa dalam lindungan Pencipta,
Lantaran berjauhan,terlalu banyak rintangan,
Duhai cahaya, kuatkanlah aku demi setitik ilmu,
Tidak semua insan terpilih,
Semoga hati ini sentiasa di pandu,
Walau hati sering merindui.
Duhai bintang yang bergermerlapan,
Andai aku jatuh di negeri bawah bayu,
Genggamlah aku seeratnya,
Kerana ianya satu amanah.
Jangan sesekali putus asa.
Duhai sang Pencipta,
Adakala kita di uji,
Adakala kita kesunyiaan,
Ingatlah masih ada insan yang menyayangi.
Duhai sang Pencipta,
Renungkanlah apa yang kutitipkan,
Sesungguhnya bagiku satu hamparan ketenangan.
Semoga sentiasa mengingati sang Pencipta di setiap langkahmu.
Andai mampu aku coretkan,
Tak kan ada persoalan dalam sebuah kehidupan,
Izinkan aku untuk bersamamu selamanya,
Kerana kau insan teristimewa,
Semoga kasih ini bertaut selamanya.

                                                                                                                             Nurazliza Binti Rosli         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan