NAMA PELAJAR :
VIVIANNA ROBERT
NO.MATRIK :
BC13110197
CINTA LESBIAN
Cinta itu
sememangnya ada dalam sanubari setiap manusia tidak kiralah cinta kepada Tuhan,
cinta kepada manusia, cinta kepada alam sekitar dan cinta kepada binatang.
Cinta kepada benda yang bukan hidup juga termasuklah cinta kepada kerja, cinta
kepada ilmu dan sebagainya. Namun, terdapat juga dalam masyarakat zaman
sekarang wujudnya cinta kepada kaum sejenis iaitu perempuan dengan perempuan
dan lelaki dengan lelaki serta cinta kepada kedua-duanya sekali. Fokus
penelitian adalah daripada golongan
perempuan bandaraya Kota Kinabalu.
Antara
puncanya seseorang terjerumus dalam cinta sama sejenis ialah faktor sejarah
hidup mereka. Dalam hal ini, perempuan itu pernah dicabul semasa mereka masih
kecil. Mangsa yang dicabul berkali-kali ini berpotensi untuk terjerumus ke
dalam gaya hidup songsang. Hal ini menyebabkan, mereka yang menjadi mangsa
cabul akan mempunyai rasa fobia terhadap kaum lelaki. Tambahan pula, kurang
kasih sayang dalam sesebuah keluarga menyebabkan mereka akan rasa lebih senang
mendapat kasih sayang daripada kaum sejenis.
Selain
itu, cara hidup seseorang perempuan yang dibesarkan dalam sebuah keluarga juga
menjadi salah satu faktor kuat ke arah wujudnya lesbian. Hal ini dapat dilihat
dalam sebuah keluarga yang mendapat anak perempuan tetapi inginkan seorang anak
lelaki. Apabila cara hidup didikan daripada kecil yang sudah terpesong maka
akidah anak tersebut itu akan berubah
apabila dia dibesarkan seperti lelaki kerana ibunya mahukan anak lelaki. Dalam
hal ini, salah ibu bapa anak tersebut yang tidak berlaku adil terhadap anugerah
yang dikurnaikan oleh Tuhan.
Seterusnya,
faktor wujudnya lesbian juga ialah golongan perempuan yang menyalahkan golongan
lelaki yang mengecewakan mereka. Maka dengan itu mereka menyebabkan mereka
mebuat keputusan untuk mencintai hubungan sama jenis. Kekecewaan berkali-kali
terhadap kaum lelaki ini mendorong mereka mencari cinta sejenis yang dianggap
tidak mengecewakan mereka. Mereka lupa bahawa setiap yang terjadi itu merupakan
ujian daripada Tuhan.
Kerajaan
perlulah melaksanakan program Rakan Muda dan program Persatuan Belia untuk
dijadikan platform kepada mereka melakukan aktiviti sihat dan
berfaedah, dengan adanya perlaksanaan program ini akan dapat membantu
membina jati diri
mereka agar menjadi insan berminda
kelas pertama dan terhindar
daripada gejala sosial yang menimpa
golongan remaja masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan