Isnin, 23 Mei 2016

Nurazliza Rosli

TOKOH SASTERA
Biodata Penulis
v  Haji Azizi bin Haji Abdullah
v  Dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah.
v  Pada 4 April 1942, beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.
v  Pada 4 April 1942, beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.
v  Azizi mula menulis ketika di Sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60 an apabila artikal pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan ‘buruk baik wanita bermain bola sepak’ kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di Mahkamah.
v  Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.
v  Bagi mempertajamkan kretivitinya, beliau mengikuti kursus penulisan kreatif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1975/1976)
v  Azizi telah bersara daripada guru pada tahun 1997 dan kini menjadi ketua Editor Akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.
v  Beliau pernah menjadi Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1998 dn 1999.

v  Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.

pantun (NURAZLIZA)

NURAZLIZA ROSLI   BC13110153
PANTUN

1)   Pergi kekebun mencari peria,
Peria di tanam oleh Nazri,
Jangan bercinta kalau tak setia,
Takut nanti termakan diri.

2)   Kaki luka terpijak dawai,
Serpih kaca jatuh berderai,
Tak berpunya bukan tak lawa,
Tapi masih mencari yang sesuai.

3)   Waktu siang hari khamis,
Teringat waktu ke subang jaya,
Dalam diam aku menangis,
Jika teringat waktu berdua.

4)   Hujan ribut awannya kelabu,
Minum kopi disisi meja,
Kalau cinta sudah menjadi debu,

Aku hanya pasrah saja.

ASAL USUL PASIR MAS(nurazliza)

NURAZLIZA ROSLI BC13110153

ASAL USUL PASIR MAS

Sebut saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri. Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’. Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi. Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak. Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu. Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu. Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban. Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.
“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah. Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala. Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana. Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas. Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian. Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.
“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian. Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’. Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab. Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.


cerpen(nurazliza rosli)

Nurazliza Rosli Bc13110153
DENDAM


HOSPITAL KUALA LUMPUR.
ASP Sakri masih berada di situ, menunggu hasil bedah siasat ke atas mayat Emelda. Memandangkan yang dibunuh itu merupakan kenalannya, dia sanggup menanti walaupun masa telah melewati tengah malam. Azamnya menjulang untuk menangkap pembunuh Emelda.
Setengah jam kemudian, Doktor Asmah keluar dari bilik pembedahan. Dia mengajak ASP Sakri masuk ke biliknya. Dia yang masih berpakaian putih mempersilakan ASP Sakri duduk sebentar, sementara menyiapkan laporan hasil bedah siasat. Doktor Asmah mengemukakan semua fakta forensik dalam laporan. Sejurus selesai, dia menandatangani laporan itu dan membuat beberapa keping salinan, untuk simpanan fail dan diserahkan pada pihak polis.
“ASP Sakri...dalam laporan ini semuanya lengkap.”
Sejurus menerima laporan itu, ASP Sakri terus membacanya secara terperinci.
“Pembunuh menggunakan pisau biasa berukuran 11 sentimeter. Tikaman pertama memecahkan saluran kerongkong. Manakala kali kedua pembunuh menghiris perut mangsa.” Ulasan itu sebenarnya sudah dimuatkan dalam laporan forensik.
“Kekuatan pembunuh, macam mana, doktor?” tanya ASP Sakri.
“Pembunuh seorang lelaki,” tegas Dr. Asmah. “Salinan gambar pembedahan akan saya hantar kemudian.”
ASP Sakri mengangguk lagi tanpa mengeluarkan suara. Dia berfikir sejenak.Anggota polis forensik tidak menemui sebarang bahan bukti di tempat kejadian. Malah cap jari pembunuh pun tidak dapat dikesan. Kes ini merupakan satu pembunuhan terancang. Motifnya dendam.
“Andaian saya...pembunuh tu seorang psychopath, seorang pesakit mental yang teruk. Orang gila yang terlalu merbahaya. Tengok saja cara dia membunuh mangsanya, kejam dan ganas!” Doktor Asmah membuat telahannya sendiri walaupun bidang psikiatri bukan ruang lingkup tugasnya sebagai doktor forensik.

SYARIKAT MUTIARA HOLDING SDN BHD.
Kekalutan para pekerja semakin menjadi-jadi setelah berlakunya dua pembunuhan di syarikat itu. Terdapat beberapa pekerja yang masih menjalankan tugas, biarpun kawasan syarikat ini telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Lima bulan yang lalu, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di tempat letak kereta syarikat Mutiara Holding Sdn Bhd. Hari ini berlaku kembali kejadian yang mengerikan itu, di tempat yang sama dan dalam keadaan yang serupa. Namun kali ini mangsa tersebut ialah seorang wanita. Perkara yang menjadi tanda tanya ialah kedua-dua mangsa menjawat jawatan yang sama iaitu, pegawai di bahagian kaunseling. Malahan mereka baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai pegawai di bahagian tersebut.
Kes seperti ini sudah terjadi pada lima bulan lepas  namun kes tersebut ditutup kerana bukti tidak mencukupi untuk mendakwa tertuduh. Persoalannya siapakah yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini? Apakah kaitan jawatan mereka dengan kejadian yang menimpa mereka? Persoalan ini berlegar-legar di kepala ASP Sakri. Ini bermakna fail kes sudah terpaksa dibuka kembali bagi menyelesaikan kes pembunuhan terancang  ini.

KES PERTAMA: SHAHRUL AKIR.TARIKH KEJADIAN 13/10/2014
Shahrul tersenyum gembira. Akhirnya dia dinaikkan pangkat. Entah kenapa hari ini jugalah keretanya rosak. Shahrul melangkah ke arah motosikal milik rakan serumahnya. Nasib baik jugalah rakannya dengan senang hati membenarkan dia meminjam motosikal itu. Kalau tidak, mesti rekod kerjanya yang bersih akan tercemar dan jawatan ini mungkin terlepas ke tangan orang lain.
Selepas habis waktu bekerja, dengan wajah yang riang Shahrul menghidupkan enjin motosikal itu. Namun enjinnya  itu tidak dapat dihidupkan seperti telah dimasukkan air ke dalamnya. Bunyi ngauman semasa menghidupkan motosikal itu membuatkan Shahrul mengeluh.
Dia mula memaki orang yang cuba menganiayanya. Beg kerja dihempas lalu telefon bimbit dikeluarkan. Tiba-tiba satu pesanan ringkas diterimanya. Shahrul membaca pesanan ringkas itu dengan wajah yang amat serius.
     “Kau BERSALAH! Kau harus DIHUKUM! Kesalahan yang tidak dapat dimaafkan! Kau akan dihukum MATI!” – PENYELAMAT MUTIARA.
Dia tersentak. Dalam firasatnya ada seseorang yang ingin mempermainkan dirinya. Dia melihat sekeliling.
“Kau tak payah nak takut-takutkan aku! Aku tak takut sikit pun! Siaplah kau kalau aku dapat kau!”ujar Shahrul penuh kemarahan.
Melihat tiada orang menyahut, Shahrul mula memeriksa motosikal temannya itu untuk cuba membaiki. Dalam keadaan dia leka, satu pukulan mengenai kepalanya. Dengan pandangan berpinar Shahrul cuba melawan pembunuh itu. Kali ini dia disepak di perut. Shahrul terduduk menahan senak.
Belakang badannya dihentak menggunakan siku yang mempunyai pelapik berduri besi. Darah mula membasahi lantai. Baju Shahrul mula dibuka, dengan keadaan tidak mampu melawan Shahrul hanya mengerang kesakitan. Tengkuknya ditikam. Selepas itu dengan menggunakan sarung tangan dia mula menikam perut Shahrul menggunakan pisau pemotong daging. Usus-usus perut mula kelihatan. Shahrul menjerit meminta tolong namun semakin lama teriakannya semakin perlahan lalu terus berhenti.
Pembunuh itu mengeluarkan usus perutnya seperti memperlakukan lembu yang baru dilapah. Dipotong, dicencang usus Shahrul lalu dicampak disekitarnya.

KES KEDUA: NUR EMELDA.TARIKH KEJADIAN 13/3/2015
Emelda keluar terkocoh-kocoh setelah memarkir keretanya di tingkat empat di bangunan syarikat Mutiara Holding Sdn Bhd. Sepatutnya pagi ini mereka bermesyuarat sekitar pukul 10.00 pagi. Namun kerana terlewat bangun, Emelda sampai di pejabat lagi 30 minit ke pukul 10.00 pagi. Itupun setelah rakan sepejabatnya menelefon. Dia tidak balik malam tadi kerana tidur di apartmen kawannya setelah menghadiri satu majlis kenduri.
Emelda merasakan kepalanya masih berat. Dia memaksa diri datang ke pejabat kerana tanggungjawabnya pada kerja. Suasana tempat letak kereta pagi ini sunyi sepi. Emelda menekan punat lif. Kakinya terhentak-hentak ke lantai simen kerana merasakan pergerakan lif terlalu lambat naik ke tingkat itu.
Pada ketika inilah pembunuh tersebut berlari ke arah Emelda setelah bersembunyi di bahagian tangga di tempat letak kereta itu. Dia mengenakan pakaian serba hitam dan menutup mukanya dengan topeng salji, bergerak tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Seperti seekor harimau bintang yang mengintai dan menyerang mangsanya.
Emelda menoleh setelah nalurinya mengatakan ada seseorang sedang berada di belakangnya. Pada saat dia berpusing, pembunuh itu terlebih dahulu membenamkan sebilah pisau ke leher Emelda. Sejurus dia menendang Emelda sehingga wanita itu terundur ke belakang, terhempas ke pintu lif dan rebah ke lantai.
Emelda masih bernyawa. Nafasnya berderu seperti seekor kerbau yang hampir putus nyawa. Matanya terbelalak memandang pembunuh itu. Apabila Emelda hendak bangkit, pembunuh tersebut pantas memijak badan wanita tersebut. Tanpa rasa belas kasihan pembunuh itu mencabut pisau yang masih lekat di leher Emelda. Ketika mata pisau itu ditarik, darah terpancut keluar. Emelda menjerit kesakitan.
Pembunuh itu tunduk sampai ke telinga Emelda. “Inilah hukumannya kerana menyakiti dan mengkhianati”, bisiknya dan terus menghiris perut Emelda. Darah membuak lagi. Selanjur wanita itu kehilangan nyawanya dengan kelopak mata terbuka.
Pintu lif terbuka. Tiada sesiapapun di dalamnya. Setelah tugasnya selesai, dia melangkah pergi.
...*...

IBU PEJABAT POLIS, KUALA LUMPUR. 13/8/2014
ASP Sakri merenung kertas dan telefon milik mangsa-mangsa tersebut. Keduanya menunjukkan mesej yang sama. Dahinya berkerut. Ternyata kedua-dua kes ini menunjukkan persamaan. Tarikh, kawasan, malahan cara pembunuhan terdapat sedikit persamaan kecuali alat pembunuhan.
Dia bingung. Tiada sebab untuk kedua-dua mangsa itu untuk dibunuh kerana mereka tidak ada rekod jenayah sebelum ini. Dia melihat fail-fail yang berada di atas mejanya. ASP Sakri seakan tersedar saat melihat tarikh pembunuhan dua orang mangsa tersebut. Jarak masa antara keduanya adalah lima bulan. Dia menepuk dahi. Kenapalah  baru dia perasan hal ini. Dia merenung kalendar. Ternyata hari ini adalah 13/8/2014.Tarikh yang bakal dipilih oleh pembunuh tersebut iaitu, 13.
ASP Sakri pantas mencapai pistol miliknya lalu menyuruh anak buahnya menghubungi ibu pejabat.
     “Hari ini bakal berlaku satu lagi pembunuhan ngeri.” Hanya itu yang dinyatakan ASP Sakri sepanjang perjalanannya.
Setibanya di tempat letak kereta syarikat Mutiara Holding Sdn Bhd, suasana  di situ amat sunyi. Hanya tapak kaki milik  ASP Sakri bergema di kawasan itu. Ternyata firasatnya benar. Apabila tiba di suatu sudut, dia terlihat satu pergelutan. Dengan langkah yang berhati-hati, ASP Sakri menghampiri kawasan itu dan mengintai di sebalik tiang. Ternyata terdapat seorang pemuda sedang bergelut dengan seseorang yang memakai jaket dan menutup mukanya dengan topeng salji.
“Jangan bergerak! Letakkan senjata anda!” ASP  Sakri pantas mengacu senjatanya.
Namun pembunuh itu lebih pantas. Dengan pisau bergerigi, dia menjadikan pemuda itu sebagai tebusannya.
“Siapa kau?! Berani kau menganggu aku! Dia bersalah! Mereka semua bersalah! Aku yang layak menghukum mereka!”, pembunuh itu mula naik berang. ASP Sakri mula mengenal pasti perwatakan pembunuh tersebut. Ternyata dia menganggap dirinya sebagai seorang yang mempunyai kuasa untuk membunuh.
“Kenapa mereka bersalah?” Boleh kau ceritakan pada aku?” tanya ASP Sakri. Mainan psikologi mula digunakan.
Pembunuh itu mendengus kasar.
“Hmm..aku Jeffry! Mereka semua salah. Syarikat ni salah. Sebab mereka semualah adik aku mati. Sebab merekalah. Adik kesayangan aku dah takde! Semua sebab mereka! ”Pembunuh itu mula hanyut dengan perasaannya. Dalam keadaan dia asyik menangis, ASP Sakri mula melepaskan tembakan yang tepat di tangannya yang memegang senjata itu. Pada masa itu jugalah pemuda yang menjadi tebusan itu dengan pantas melepaskan diri daripada cengkaman pembunuh tersebut.
“Arghh! Kau pun sama! Pembunuh! Kesian adik aku!” jerit pembunuh tersebut.
Dalam kesakitan, ASP Sakri segera menggari tangan pembunuh tersebut. Topeng yang selama ini menutupi wajah tersebut akhirnya dibuka oleh ASP Sakri. Terserlah wajah jelita seorang wanita. ASP Sakri menggelengkan kepalanya. Wanita itu memang tidak siuman. Pemuda yang menjadi tebusan itu mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali. Akhirnya, kes ini selesai.

IBU PEJABAT POLIS, KUALA LUMPUR.
“Tahniah ASP Sakri!”, ujar pegawai atasan itu. Sakri hanya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Dia telah dianugerahkan pingat keberanian atas kejayaannya itu.
Kisah pembunuhan di syarikat Mutiara Holding Sdn Bhd mula tersebar luas. Pembunuhnya iaitu, Nour Aisya. Dia yang bertubuh lampai, berambut pendek paras tengkuk dan berkulit hitam manis merupakan seorang pesakit jiwa yang dibebaskan dari hospital atas dasar pulih sepenuhnya. Namun pada tahun 2013, adiknya Mohd Aizat yang bekerja di syarikat tersebut telah membunuh diri akibat tekanan di tempat kerja dan gagal untuk mendapatkan bantuan kaunseling. Lantas penyakit Aisya mula kembali. Dia melabelkan semua kaunselor di syarikat itu adalah penyebab kematian adiknya.Pihak hospital mengatakan Aisya mengalami satu penyakit kemurungan yang serius hingga menyebabkan dia mengalami split identity.

HOSPITAL KUALA LUMPUR
Aisya masih belum mampu bangkit dari halusinasi alam sebelah yang memegang karakter Jeffry. Dia bingung apabila ditempatkan di bilik itu. Seumpama penjara yang menyekat kebebasannya. Namun dia tidak berupaya melawan walaupun meronta-ronta semasa mula-mula dimasukkan ke situ. Di hospital ini, Aisya telah dirawat oleh Doktor Amirul.
Puas Aisya merayu agar dilepaskan. Namun, Doktor Amirul hanya memberikan suntikan penenang supaya Aisya boleh tidur, sekali gus mengurangkan tekanan yang keterlampauan. Menghindarkan dirinya supaya tidak terus-terusan mengamuk. Dia dikategorikan sebagai pesakit kritikal.
Apabila terjaga sebentar tadi, Aisya masih belum ‘sedar’ dari ilusi yang dialami. Dia menjerit memanggil nama Doktor Amirul berkali-kali. Namun sampai sakit anak tekaknya, tiada siapa yang menjenguknya di situ. Akhirnya dia menangis keseorangan. Aisya gagal menerima kenyataan bahawa dia sedang dikurung sekarang.
Aisya menganggap semua itu satu konspirasi. Dia berasa teraniaya dan menuduh sesiapa pun terutama Doktor Amirul merupakan pengikut Jeffry yang mahu memusnahkannya. Pengaruh Jeffry yang merbahaya itu kini menular dan Aisya berasa dirinya keseorangan dalam usaha menentang kuasa jahat itu.
“Aisya...”
Satu suara kedengaran memanggilnya. Pada mulanya Aisya tidak mengendahkannya, namun apabila berulang kali suara itu memanggilnya, dia menoleh juga. Tiada sesiapa di situ, Aisya mula merasa seram sejuk.
“Aisya!” panggil suara itu lagi.
Aisya tergamam apabila mendapati suara itu datangnya dari sebuah cermin. Cermin itu sebenarnya sengaja diletakkan oleh Doktor Amirul. Cermin itu diperbuat daripada gentian plastik. Cermin kaca dikhuatiri akan dijadikan senjata oleh Aisya untuk melakukan serangan. Lebih-lebih lagi untuk menghindarkan Aisya mencederakan dirinya sendiri.
Aisya yang duduk di birai katil perlahan-lahan bangun. Langkahnya bergerak lambat-lambat kearah cermin. Dari jauh dia terjenguk-jenguk. Apabila dia berdiri di hadapan, Aisya mendapati dirinya yang sembab dan kusam.
“Aisya..” Dirinya di cermin itu berkata-kata.
Ini membuatkan Aisya terundur ke belakang. Rasa terkejut membuatkan dia ketakutan. Namun, Aisya tidak dapat lari ke mana-mana pun. Dia terkurung di bilik itu.
“Aisya...jangan takut, ke marilah.”
“Aku bukan Aisya,” tingkah Aisya.
“Kau adalah Aisya. Aku juga Aisya. Kita orang yang sama.
“Aku...Jeffry,” balas Aisya. Bayangannya di cermin tersenyum. Sedangkan dirinya berwajah muram.
“Jeffry hanya wujud dalam diri Aisya. Dalam dunia realiti, Jeffry tak pernah wujud,” kata Aisya di dalam cermin.
“Mustahil!” bentak Aisya.
“Memang sukar terima kenyataan ini. Tapi itulah hakikatnya.”
“Macam mana kau boleh bercakap sedangkan kau di dalam cermin. Cuma pantulan imej daripada diriku sendiri?” tanya Aisya sambil mendekati cermin itu.
“Hanya kau saja yang boleh melihat aku bercakap.”
“Apa maksud kau?” berkerut wajah Aisya.
“Cuba kau fikir sendiri.”
“Aku...aku gila?” Mahu saja Aisya rebah apabila melafazkan kata-kata itu. Imej wajahnya di cermin sekadar mengukir senyuman hambar.
“AISYA.” Satu suara muncul di sebelah kiri.
Pantas Aisya menoleh. Apabila mendapati orang yang memanggilnya itu adalah Doktor Amirul, Aisya lekas berlari menghampiri lelaki itu. Namun langkahnya terhenti apabila melihat dua orang lelaki berpakaian serba putih berdiri di belakang Doktor Amirul.
“Cer...cermin tu...” Aisya tertoleh-toleh ke belakang. Jari telunjuknya menunding ke arah cermin.
“Kenapa dengan cermin itu?” Doktor Amirul sengaja bertanya walaupun dia memahami halusinasi yang berlaku ke atas pesakitnya itu. Sebenarnya Aisya hanya berkomunikasi seorang diri dan menjadikan cermin sebagai alasan untuk semua itu.
Aisya tidak jadi meneruskan kata apabila mendapati tiada imejnya di cermin itu. Dia berkalih ke belakang dan menghadap diri ke cermin. Namun tiada pula komunikasi luar biasa yang berlaku. Apabila menyedari semua itu cuma khayalannya, Aisya mula menggigil.
“Jadi betullah aku ni Aisya dan bukan Jeffry?” Aisya berpusing ke arah Doktor Amirul. Getaran jantungnya berdegup kencang. Sukar sekali dia mahu menerima kenyataan itu.
“Bawa bertenang dulu...okey,” pujuk Doktor Amirul.
“Betul ke..aku ni...gila?”

Setelah sebulan berlalu, Aisya mula menunjukkan tanda-tanda positif ke arah realiti. Cuma kadang kala fantasinya menerawang membius kewarasan fikiran. Karakter Jeffry berulang lagi tetapi tidaklah seteruk dahulu. Namun satu gejala yang sukar dikikis; Aisya masih tidak tahu bahawa Jeffry yang digeruni itu masih berada dalam dirinya.
Doktor Amirul menggunakan kaedah rawatan kaunseling dan ubat-ubatan. Kaunseling adalah untuk memulihkan semangat dan jiwa yang suatu ketika dahulu hilang dari permukaan realiti. Manakala ubat-ubatan pula untuk mengurangkan suara-suara yang hadir dalam kepala Aisya.
Suara-suara ghaib itulah yang mengganggu tidurnya saban malam. Dengan memakan ubat Aisya akan nyenyak tidur, sekali gus merehatkan mental dan fizikal. Usaha itu sebenarnya membolehkan Aisya menilai semula perkara-perkara logik akal dan tidak terpedaya lagi dengan halusinasi.
Namun dalam masa terdekat ini Aisya akan menjalani rawatan intensif. Mungkin Aisya akan ditahan di situ untuk satu tempoh yang lama bersesuaian dengan perintah mahkhamah. Selagi tidak pulih, selagi itulah Aisya akan berada di hospital itu.



Ahad, 22 Mei 2016

Pantun sarawak (Aisyah Sutia)


PANTUN SARAWAK

 Sapa madah maimunah laju
Lebih laju kapal simanggang
Siapa bilang saya mengkudu
Lebih mengkudu abang seorang

Apek tua menjajak sireh
Sireh dijajak denganlah budu
Cantek molek kamek sik mileh
Asal jangan mata mengkudu


Anak manok terciak ciak
Anak bekut empirok bah batang
Orangnya tua macam nembiak
Siknya sedar maut mok datang

Abang johan mandik terjun
Mandik terjun di wap kabong
Jangan diamal mandik berembun
Tumbuh bulu menjadi burung


Buah mangga buah keranji
Burung apa terbang sekawan
Teguh iman memegang janji
Laksana pakuk lekat di papan.

Apa ditakut kayu beringgut
Batang padi duak serumpun
Apa ditakut main berebut
Sapa berani nyalah empun.


Mauk ke pulo nisik bersampan
Ada sampan tebin seberang
Hendak berguro nisik berkawan
Ada kawan kekaseh orang

Saying ke darat ke padang embun
Nemu tekukor mati berendam
Kirumku surat serta pantun
Pakey menghibur hatiku dendam


Sayang meranti kayu bergetah
Dipolah tiang kayu berlubang
Maok kunantik terlalu betah
Maok ku tinggal terasa sayang

Kubu seratok di atas bukit
Berdekat dengan pokok manggis
Malu kuini bukan sedikit
Siang dan malam tunduk menangis


Baju putih disesah puteh
Setengah puteh sabun pun hilang
Kitak kaseh kamek pun kaseh
Setengah kaseh fitnah pun datang

Kapal berlayar di laut biru
Kain berlipat di atas peti
Udahnya dapat orangnya baru
Urang lamak buang ke tepi


Sayang labuan pulo di laut
Apa berita pulo yang tumbuh
Salam mu tuan saya menyahut
Rahsia kita disimpan teguh

Sungei bintangor jauh ke darat
Apong hanyut berbelah duak
Kitak ke timur kamek ke barat
Ada suratan bertemulah juak


Kampong perpat jambatan dang Molek
Pasar angus dimakan api
Situk lepas sia pun sik boleh
Buang tanggak berayun kaki

Bulan rejab bulan syaaban
Tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap rasa sbeulan
Tinggal sehari rasa setahun


Terang bulan di pulo pinang
Sayur terung saya tumiskan
Tengah malam bangun mengenang
Bantal dipelok disangka tuan

Anak raja turulah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah


Terang bulan di pintu gunong
Cahaya nampak di pokok kayu
Insya allah tuhan ber tolong 
Air deras kapal pun laju

Lemah lembut pandan berdurik 
Putus tali penyirat pagar 
Lemah lembut membawa dirik 
Putus ati sapa menanggar

Uar-uar rotan di batu 
Tinggi sejengkal membaok angin
Bila ditinggal junjongan kalbu
Baruk terasa sejok dan dingin
 

Sungei labuk dipusin ulak
dipusin ulak di mungguk kubo
Kamek tauk tuan menulak
Kamek terimak seribu suko

Kain berlipat si kain tudong
Kain sabok berpunca duak
Bila kulihat mentari condong 
Dudok menangis tersidak-sidak

Patah galah julok kedondong
Galah benama intan baiduri 
Bukan salah ibu mengandong
Salah dari saya sendiri

Banyak nyamok di kola arus 
Urang palembang bertanam padi
Tuboh gemok menjadi kurus
Menahan bimbang di dalam ati

Sayang tebeluk tempat bebunoh
Kapal saharah mengulo saoh
Hati ku piluk badan berpeloh
Tegal mengenang urang yang jaoh

Jangan dilurut padi sebandi
Takut hampa dimakan pipit
Jangan diturut perasaan hati
Takut klak jadi penyakit


P/s kalau tak paham ada org sarawak di sini tolong translate ^^,
-Aisyah Sutia

Kumpulan Kata kata Bijak Buya Hamka

Kalau hidup sekedar hidup, Babi di hutan juga HIDUP, Kalau bekerja sekedar bekerja, kera juga BEKERJA.(BUYA HAMKA)

Semakin banyak ilmu semakin lapang hidup, semakin kurang ilmu semakin sempit hidup.

Tugas kita bukan untuk berasil, tugas adalah untuk mencoba, karna dalam mencoba itulah kita menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berasil.

Bahwasanya cinta yang bersih dan suci (murni) itu, tidaklah tumbuh dengan sendirinya.

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia

Hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi seorang wanita.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Emas tak setara dengan loyang. Sutra tak sebangsa dengan benang.

Satu hati lebih mahal dari pada senyuman. Satu jiwa lebih berharga dari pada sebentuk cincin.

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa

Kegunaan harta tidak dimungkiri –Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita
yang mulia

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak
segala keberanian

Kata - kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia
yang keras

Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.

Kehidupan itu laksana lautan: " Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi".

Jangan takut jatuh karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh,
Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah melangkah,
Jangan takut salah, karna dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan baru dan cari Jalan yang benar pada langkah yang kedua.

Aisyah Sutia

Aisyah sutia

35 TIPS PELAJAR CEMERLANG DARI DATO’ DR FADZILAH KAMSAH

Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apa yang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran yang kondusif
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Berehat sebentar setiap 20 minit mengulang kaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Walau bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati
-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-fikir dan ingat kembali isi utama
-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-buat rumusan
-jawab soalan
-tampal maklumat yang rumit di dinding
-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-gunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar
-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
39. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

-Aisyah Sutia

Monolog sebuah hati

Hatinya di rabak-rabakan . Terumbang ambing isi-isinya luruh, berkecai hancur . Bersama janji yang nista kejinya . Mulutnya bijak menari kata bohongan . Isinya hanya kosong, rapuh . Kata-kata itulah yang merobohkan hati . Kata-kata itulah yang yang meragut sebuah kprcayaan.  Lalu biarkanlah dia pergi . Kerana tiada hasil pun bersamanya.  Dia bukan siapa-siapa . Hanyalah manusia yang buas bermain dengan hati . Carilah kprcyaan yang hilang dalam samarnya ketulusan manusia ..

-Aisyah Sutia

MAGHRIB TERAKHIR

Maafkan tiada pada saat2 terakhir
biarkan air mata bicara-
terus mengalir menghantar mu pergi
berharap agar selalu tabah

Ingin duduk disamping mu
rindu ku tersimpan lama
rindu tak terlerai dibatas waktu
tiada kesempatan jumpa

Hadirlah dalam mimpi ku
Walau ku tahu
Engkau tidak lagi di dunia ini
Doa ku menerangi wajah mu

Damailah disana walau tak bersama
Di sini rindu terus mgalir
Tunggu sampai jumpa
di sana bersama selamanya

-Aisyah_Sutia-


VIVIANNA ANAK ROBERT
BC13110197

TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
BUKHARI al-JAUHARI

PENGENALAN

Bukhari al-Jauhari telah menimbulkan pelbagai spekulasi iaitu sama ada beliau seorang penjual batu permata atau datang dari Bukhara (Samarand) ataupun berasal dari Johor. Bukhari al-Jauhari ialah seorang pujangga Melayu yang terkenal dan hidup dalam kurun Masihi yang ke-XVII. Beliau tidak begitu banyak menghasilkan karya-karya. Beliau hanya menulis dan menterjemahkan Tajul al-Salatin ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 di Acheh.

Peranan serta sumbangan Bukhari al-Jauhari dalam kesusasteraan Melayu lama dan pengaruh Islam juga bernilai dan bermakna. Pertama, beliau menghasilkan karya ketatanegaraan berjudul Tajul al-Salatin (Mahkota Raja-raja). Peranan yang kedua ialah sebagai penulis saduran. Kitab Tajul al-Salatin (Mahkota Raja-raja) adalah kitab ketatanegaraan yang dari sebuah kitab bahasa Parsi yang ditulis di India. Tajul al-Salatin inilah yang ditulis dalam bahasa Melayu oleh Bukhari al-Jauhari.

Bukhari al-Jauhari juga memainkan peranan yang menimbulkan pelbagai spekulasi terutama tentang asal usulnya. Riwayat hidupnya serta asal usulnya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ada yang mengatakan Bukhari al-Jauhari berasal dari Bukhara, di Timur Tengah berdasarkan namanya iaitu Bukhari. Manakala Wendly serta Roordavan Eysingga mengatakan Bukhari al-Jauhari berasal dari Johor. Manakala R.O Winstedt dan S. Van Ronbel pula mengatakan Bukhari berasal dari Bukhara serta merupakan seorang saudagar permata.



ULASAN KARYA BUKHARI AL-JAUHARI

TAJUL AL-SALATIN

Tajul al-Salatin atau Mahkota Raja-raja merupakan karya pengaruh Islam zaman Acheh yang telah dihasilkan oleh Bukhari al-Jauhari dan salah sebuah karya yang terkenal dalam awal abad ketujuh belas. Tajul al-Salatin ini bentuk asalnya dipercayai dari Parsi, kemudian disadur ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 oleh Bukhari al-Jauhari yang hidup di bawah naungan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Kitab ini mengandungi dua puluh empat fasal atau bab. Tiga bab dan fasal awal menyatakan tentang falsafah hidup yang tinggi, keadaan manusia dan bagaimana harus mengenal Tuhannya. Fasal-fasal yang seterusnya mengandungi penerangan tentang azab sengsara waktu sampai ajal, kebesaran serta kemuliaan raja, kisah-kisah nabi-nabi serta khalifah-khalifah, pemerintahan yang adil serta zalim, mengenai karya pengarang-pengarang, sifat-sifat pegawai pemerintah, pengetahuan ilmu firasat, hubungan rakyat denga raja serta fasal-fasal akhir yang akhirnya menerangkan tentang keikhlasan hati, ihsan serta penutup kitab yang mulia itu.


Menurut pendapat R.O. Winstedt walaupun Tajul al-Salatin ini tidak begitu baik serta rendah mutu sasteranya, tetapi kitab ini amat bernilai serta berharga kerana pengaruhnya kepada masyarakat Melayu. Malah kitab karangan Bukhari al-Jauhari ini tidak sahaja terkenal di Tanah Melayu serta Acheh, malah pada suatu masa dahulu dipelajari oleh kaum bangsawan di keratun-keratun Jokja serta Solo dan diterjemahkan ke dalam bahasa lain termasuklah bahasa Makasar serta Jawa.

VIVIANNA ANAK ROBERT
BC13110197
MAGIK REALISME

Kewujudan karya-karya gaya penulisan magikrealisme ialah di Eropah pada awal pertengahan abad ke 20. Magik realisme adalah hasil gabungan daripada unsur realisme dan unsur magik yang berkemampuan mengubah masa dan waktu dengan menggunakan berbagai macam khayalan, mitos dan cerita-cerita yang mempunyai unsur keajaiban. Magik realisme merupakan satu bentuk perspektif baru yang dianggap sebagai revolusi karya sastera yang menonjolkan sudut pandangan lain dalam kehidupan yang selama ini tersasar dari pola pemikiran realisme Barat.

Kini, istilah magik realisme banyak digunakan dalam karya sastera dan kemudiannya digunakan dalam kritikan sastera. Pada tahun 1980, Nadeem menyebutkan bahawa istilah magik realisme menjadi label yang digunakan untuk menyamai bentuk penulisan dalam karya sastera. Istilah magik realisme pertama kali digunakan oleh Franzh Roh pada tahun 1925 untuk mengategorikan kecenderungan lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis Jerman di awal abad ke 20.

Dalam buku Magic-Realisme and Marquez yang dikarang oleh Nadeem mengatakan bahawa dalam seni lukis, istilah magik realisme digunakan sebagai rujukan kepada bentuk lukisan dengan tema fantasi seperti yang ada di dunia mimpi sebagai subjek lukisan. Karakteristik dalam karya magik realisme kembali muncul dalam segala hal yang berkaitan dengan unsur magik dan alam mistik yang bercirikan empirisme Barat, baik dalam bentuk dongeng, mistik, magik, mitos dan lagenda yang sudah ada dalam masyarakat.

Definisi magik realisme dalam karya sastera berdasarkan pada kefahaman yang dimaksudkan dengan realisme dan magik. Dalam buku yang berjudul Magic(al) Realisme, Ann Bowers menjelaskan bahawa “realism is……allows the writer to present many details that contribute to a realistic impression”. Realisme dalam sesebuah karya sastera yang digunakan oleh penulis untuk mewujudkan unsur-unsur berdasarkan pada perkara yang realistik. Maksud magik, menurut Ann Bowers adalah “refers to any extraordinary occurrence and particulary to anything spiritual or unaccountable by rational science”.

Makna magik berdasarkan kepada peristiwa yang luar biasa, terutama kepada sesuatu yang bersifat spiritual atau tidak dapat diterima oleh pengetahuan yang rasional. Ann Browers menyimpulkan makna magik realisme adalah karakteristik dalam dua sudut pandangan iaitu berdasarkan sudut pandangan yang rasional dan menerima perkara yang luar biasa untuk menukarkan sesuatu kenyataan yang membosankan. Kenyataan yang membosankan yang dimaksud oleh Browers adalah batasan realisme yang selama ini dibuat berdasarkan pola pemikiran realisme.

Dalam buku Magic(al) Realisme, Ann Bowers menyatakan tema besar yang membawa karya tersebut dapat dikategorikan sebagai karya sastera magik realisme ialah idea yang menjadi tema utama dalam magik realisme. Waktu merupakan tema berikutnya iaitu waktu boleh diwujudkan secara berputar daripada linear. Sesuatu yang telah berlaku di masa lampau telah ditakdirkan untuk berulang kembali dimasa yang akan datang.

Beberapa penulis yang menggunakan gaya penulisan magik realisme pada awal kemunculannya ialah Gabriel Garica Marquez, Miguel Angel Asturias, Alejo Capentier. Golongan ini merupakan penulis-penulis dari Amerika Selatan. Dalam masa yang sama, muncul nama-nama penulis yang tergolong dari non-Amerika Latin seperti Salman Rushdie yang memiliki darah Asia Barat dan Toni Morrison yang berasal dari Amerika Syarikat.

Toni Morrison merupakan salah satu penulis kulit hitam yang berpengaruh di Amerika dalam tiga dekad terakhir yang disebut sebagai salah satu penulis yang memasukkan unsur magik realisme dalam karyanya. Beberapa karya Toni Morrison yang cukup terkenal adalah The Bluest Eye (1970), Sula (1974), Song of Solomon (1977), Tar Baby (1981), Beloved (1987), Jazz (1992) dan Paradise (1997).


Secara keseluruhannya, magik realisme merupakan salah satu istilah yang sering muncul dalam gaya penulisan sastera. Penggunaan magik realisme ini menarik kerana memiliki daya tarikan yang luar biasa sehingga mempengaruhi beberapa penulis dari negara yang berbeza.