VIVIANNA ANAK ROBERT
BC13110197
MAGIK
REALISME
Kewujudan karya-karya gaya penulisan magikrealisme ialah di
Eropah pada awal pertengahan abad ke 20. Magik realisme adalah hasil gabungan
daripada unsur realisme dan unsur magik yang berkemampuan mengubah masa dan
waktu dengan menggunakan berbagai macam khayalan, mitos dan cerita-cerita yang
mempunyai unsur keajaiban. Magik realisme merupakan satu bentuk perspektif baru
yang dianggap sebagai revolusi karya sastera yang menonjolkan sudut pandangan
lain dalam kehidupan yang selama ini tersasar dari pola pemikiran realisme
Barat.
Kini, istilah magik realisme
banyak digunakan dalam karya sastera dan kemudiannya digunakan dalam kritikan
sastera. Pada tahun 1980, Nadeem menyebutkan bahawa istilah magik realisme
menjadi label yang digunakan untuk menyamai bentuk penulisan dalam karya
sastera. Istilah magik realisme pertama kali digunakan oleh Franzh Roh pada
tahun 1925 untuk mengategorikan kecenderungan lukisan yang dihasilkan oleh
pelukis-pelukis Jerman di awal abad ke 20.
Dalam buku Magic-Realisme and Marquez yang dikarang oleh Nadeem mengatakan
bahawa dalam seni lukis, istilah magik realisme digunakan sebagai rujukan
kepada bentuk lukisan dengan tema fantasi seperti yang ada di dunia mimpi
sebagai subjek lukisan. Karakteristik dalam karya magik realisme kembali muncul
dalam segala hal yang berkaitan dengan unsur magik dan alam mistik yang
bercirikan empirisme Barat, baik dalam bentuk dongeng, mistik, magik, mitos dan
lagenda yang sudah ada dalam masyarakat.
Definisi magik realisme dalam
karya sastera berdasarkan pada kefahaman yang dimaksudkan dengan realisme dan
magik. Dalam buku yang berjudul Magic(al)
Realisme, Ann Bowers menjelaskan bahawa “realism
is……allows the writer to present many details that contribute to a realistic
impression”. Realisme dalam sesebuah karya sastera yang digunakan oleh
penulis untuk mewujudkan unsur-unsur berdasarkan pada perkara yang realistik.
Maksud magik, menurut Ann Bowers adalah “refers
to any extraordinary occurrence and particulary to anything spiritual or
unaccountable by rational science”.
Makna magik berdasarkan kepada
peristiwa yang luar biasa, terutama kepada sesuatu yang bersifat spiritual atau
tidak dapat diterima oleh pengetahuan yang rasional. Ann Browers menyimpulkan
makna magik realisme adalah karakteristik dalam dua sudut pandangan iaitu
berdasarkan sudut pandangan yang rasional dan menerima perkara yang luar biasa
untuk menukarkan sesuatu kenyataan yang membosankan. Kenyataan yang membosankan
yang dimaksud oleh Browers adalah batasan realisme yang selama ini dibuat
berdasarkan pola pemikiran realisme.
Dalam buku Magic(al) Realisme, Ann Bowers menyatakan tema besar yang membawa
karya tersebut dapat dikategorikan sebagai karya sastera magik realisme ialah
idea yang menjadi tema utama dalam magik realisme. Waktu merupakan tema
berikutnya iaitu waktu boleh diwujudkan secara berputar daripada linear.
Sesuatu yang telah berlaku di masa lampau telah ditakdirkan untuk berulang
kembali dimasa yang akan datang.
Beberapa penulis yang menggunakan
gaya penulisan magik realisme pada awal kemunculannya ialah Gabriel Garica
Marquez, Miguel Angel Asturias, Alejo Capentier. Golongan ini merupakan
penulis-penulis dari Amerika Selatan. Dalam masa yang sama, muncul nama-nama
penulis yang tergolong dari non-Amerika Latin seperti Salman Rushdie yang
memiliki darah Asia Barat dan Toni Morrison yang berasal dari Amerika Syarikat.
Toni Morrison merupakan salah
satu penulis kulit hitam yang berpengaruh di Amerika dalam tiga dekad terakhir
yang disebut sebagai salah satu penulis yang memasukkan unsur magik realisme
dalam karyanya. Beberapa karya Toni Morrison yang cukup terkenal adalah The Bluest Eye (1970), Sula (1974), Song of Solomon (1977), Tar
Baby (1981), Beloved (1987), Jazz (1992) dan Paradise (1997).
Secara keseluruhannya, magik
realisme merupakan salah satu istilah yang sering muncul dalam gaya penulisan
sastera. Penggunaan magik realisme ini menarik kerana memiliki daya tarikan
yang luar biasa sehingga mempengaruhi beberapa penulis dari negara yang
berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan