Ahad, 22 Mei 2016


VIVIANNA ANAK ROBERT
BC13110197

TENTANG AYAH

Apa yang kamu tahu tentang seorang ayah? Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari, tetapi tahukah kamu bahawa sebenarnya ayahlah yang sering mengingatkan ibu agar selalu menelefon kita setiap hari. Ayah selalu menyuruh dan bertanya kepada ibu, "Telefonlah anak kita dan tanya dia macam mana keadaan dia, dah makan ke belum kalau deman suruh dia makan ubat mungkin dia perlukan kita."

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita tetapi kita tidak tahu bahawa sebaik saja ayah pulang dari kerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu mengikut perkembangan kita dan akan menanyakan kepada ibu apa yg kita lakukan dalam seharian. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Kan ayah dah kata jangan main hujan? Kan ayah dah bagi tahu jangan minum air sejuk?". Tahukah kamu bahawa ayah sebenarnya sangat risau apabila kamu sakit?

Ketika kita masuk alam remaja, kita meminta izin daripada ayah untuk keluar malam. Ayah dengan tegas mengatakan "Tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Apabila kita sudah dipercayai boleh menjaga diri maka ayah telahpun melonggarkan peraturannya. Manakala, kita pula telah melanggar kepercayaannya. Namun, ayahlah orang yang paling setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau. Ayah marah kita kerana ayah tidak ingin benda buruk terjadi dengan kita apabila keluar lewat malam.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau universiti untuk belajar. Disaat kita memerlukan sesuatu seperti duit untuk keperluan kuliah atau perbelanjaan kita, ayah hanya mengerutkan dahi dan tanpa menolak, ayah akan memenuhinya kehendak kita. Apabila kamu sudah berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kamu dan ayah akan tersenyum dengan bangga. Walaupun kadang-kadang ayah seperti buat tidak tahu tetapi disebaliknya sebaik saja kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dan kebanggaan dia terhadap kita.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan telah meminta izin untuk mengambil kita daripada ayah dan ayah juga adalah seorang yang sangat berhati-hati untuk mengizinkan dan terpaksa juga melepaskan kita kepada pasangan kita. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah hanya mampu tersenyum bahagia. Kita tidak sedar bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik, bahagiakanlah anakku bersama pasangannya".
Setelah itu, ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu- cucunya yang hanya sekali-sekala datang untuk menjenguk dan dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita. Itulah pengorbanan seorang ayah yang kita masih belum sedar.


Bukan memandang kemarahan ayah untuk alasan kita bencikan dia. Percayalah, bahawa ayah adalah orang yang paling merindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah dan tidak dapat dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu yang lebih dekat dengan kita. Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kamu yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah? Apakah ayah tidak layak untuk mendapat sebuah ciuman yang sama kita berikan dekat ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu? Fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan bahawa ayah dan ibu adalah segala-galanya dan janganlah sesekali abaikan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan