Ahad, 22 Mei 2016

Masturasiah Binti Katalleh
BC13110070

 Minyak Dagu
Kelihatan Maya dan Hariz sedang memilih baju untuk majlis perkahwinan mereka. Maya semakin teruja kerana akhirnya saat yang di tunggu-tunggu akan menjelang tidak lama lagi. Cinta mereka mulai berputik ketika mereka berada di universiti lagi. Gelagat mereka di perhatikan oleh Vieolina “aku akan pastikan perkahwinan ini gagal” kata Vieolina dengan nada cemburu.  Dia mencapai telefon bimbit yang tersimpan di dalam bag lalu menghubungi Dian untuk  meminta pertolongan Dian.
 “Helo Dian boleh tolong aku tak? tanya Vieolina.
Kau nak gagalkan perkahwinan Hariz dengan Maya ke? Tanya Dian.
            Iya aku nak idea kau. Kata Vieolina.
 “Kau free tak hujung minggu ni? Aku nak bawak kau ke suatu tempat yang boleh selesaikan masalah kau ni”kata Dian penuh yakin.
 Maya dan Hariz tidak sedar bahawa gerak-geri mereka di perhatikan. Maya mendapat pangilan daripada seseorang yang tidak di kenali memberi amaran untuk mereka untuk berjaga-jaga kerana gerak-geri mereka diperhatikan.
Kemesraan Maya dan Hariz menyemai perasaan cemburu yang semakin membuak-buak seperti lava gunung berapi dalam diri Vieolina. Makin bertambah dia nekad untuk memisahkan mereka. Vieolina termenung mengingatkan kisah silamnya bersama Hariz. Dia dan Hariz sering bersama-sama sehingga mereka dikatakan pasangan yang paling secocok. Namun persahabatan mereka menjadi renggang apabila Maya muncul dalam hidup mereka berdua. Hariz telah memberitahu Vieolina bahawa dia telah jatuh cinta kepada Maya. Hati Vieolina bagai di siat-siat dengan pisau.  Vieolina telah memberitahu Hariz bahawa dia telah jatuh cinta kepadanya namun Hariz menolak cintanya, dia menganggap Vieolina hanya tidak lebih sebagai sahabat. Dia tidak mempunyai sebarang perasaan kepada Vieolina.
” Helo Vieo kau kat mana sekarang? Aku nak bawak kau ke tempat yang aku janjikan tu. Kau dah lupa?”Soal Dian yang bertubi-tubi umpama machine gun.
“Aku  di rumah ni, aku nak pergi sana sekarang,   Misi kali  ini mesti tercapai” jawab Vieolina yakin dengan senyum sinis.
 “Tapi kau jangan terkejut ya. Aku dah nak jemput kau nie , 10 minit lagi aku sampai rumah kau”  kata Dian.
Setelah tiba di hadapan rumah Vieolina, Dian membunyikan hon keretanya agar rakannya itu keluar dengan cepat. Lalu dengan pantas Vieolina pergi kearah kereta rakannya itu.
Dah sedia ke? Tanya Dian dengan nada ingin tahu. “Ermmm entahlah boleh percaya ke tempat yang kita nak pergi ni? Tanya Vieolina.
 “Mestilah boleh percaya, ini Dianlah” balas Dian dengan tenang.
Setelah tiba tempat yang dijanjikan Vieolina berasa takut kerana rumah itu kelihatan seram. Vieolina meminta supaya Dian untuk balik namun tidak diendahkan oleh Dian.
 “Vieo marilah masuk jangan risaulah tak akan jadi apa-apa pun. Aku dah pernah cuba confirm menjadi,” tambah Dian.
“Vieo kalau kau nak Hariz merayu dengan engkaulah, kalau tak nak aku tak paksa” kata Dian yang meyakinkan Vieolina.
“Ermm iyalah aku cuba” balas Vieolina dengan ragu. Mereka pun naik ke rumah yang agak kelihatan seram itu. Lalu seorang perempuan tua muncul dihadapan mereka dia mengelarkan namanya sebagai Mak Jah. Dian menjelaskan masalah yang dihadapi oleh Vieolina lalu Mak Jah memberikan minyak dagu.
 “Minyak dagu itu merupakan minyak yang paling berkesan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Vieolina” jelas Mak Jah kepada Vieolina.
“minyak dagu? Macam mana nak guna mak Jah? Berkesan ke?” soal Violina seperti berminat dengan minyak dagu yang ditawarkan oleh  mak Jah.
“Cara menggunakannya sangat mudah kerana tak perlu nak baca mentera hanya perlu memalitkan pada kulit Hariz. Mudah saja tak perlu susah-susah” terang Mak Jah.
“Oh macam tu, Tapi, Mak Jah ada pantang larang ke?” tambah Violina.
 “Pantang larang? Mesti ada, pantang larangnya yang pertama  minyak  ini tidak boleh disimpan di dalam rumah, kedua tidak boleh simpan dalam kereta ketiga tidak boleh dibawa sewaktu menziarahi orang sakit dan yang terakhir tidak boleh dibawa sewaktu menziarahi orang meniggal” jelas Mak Jah lagi.
 “Tapi kenapa Mak Jah?” Tanya vieolina dan Dian  “Nanti minyak tu dah tak boleh guna lagi. Mak Jah akan bagi tahu sekali je dah tak ada lagi ulangan” tambah Mak Jah.
“Mak Jah ni pengerasnya” kata Vieolina.
 Mereka pun beredar dari rumah tersebut. Namun, tiba-tiba rumah tersebut  hilang dengan serta-merta. Violina hanya terdiam seribu bahasa dan Dian pula berasa hairan kerana rakannya itu hanya  terdiam dan tidak bercakap sepatah pun sepanjang perjalanan. Dian telah menghantar Vieolina di hadapan rumahnya lalu dia pun mengucapkan selamat tinggal kepada Dian namun dia tidak berani untuk memberitahu tentang perkara yang berlaku sebelum ini. Vieolina membuat rancangan untuk memastikan Hariz akan masuk kedalam perangkapnya. Keesokan paginya dia segera menghubungi Hariz untuk melaksanakan rancangannya.
“Hello Hariz, awak dah breakfast? Jom keluar dengan saya? Saya tak breakfast lagi ni”  ucap Violina dengan suara manja, cuba untuk  memujukHariz keluar bersamanya.
“hello Vio, u takbreakfast lagi? Ke  awak nak jumpa  saya sebab you rindukan i?” usikHariz dengan ketawa kecil.
“Mungkin jugalah I rindu dengan you. So, awak nak keluar ke dengan saya? Saya  lapar ni “ suara Violina semakin  manja.
“Mestilah saya nak, saya  pun tengah   lapar sekarang” jawab   Hariz.
Violina seperti keawang – awangan ketika mendengar jawapan itu, dia memutuskan panggilan dan terus mencapai tuala yang ada di kepala katil untuk bersiap. Dia sudah tidak sabar – sabar untuk bertemu   dengan lelaki impianya itu dan  dia semakin merasakan misinya untuk memiliki lelaki itu semakin hampir.  
“Hai Riz dah lama kita tak hangout?” Awak apa khabar sekarang? Awak dengan Maya bila nak kawin?”  Tanya Veolina .   
“Ermm nak jawab yang mana dulu ni? Hariz bergurau. “Iya dah lama dah kita tak hangout together macam di universiti dulu. I dengan Maya tak lama lagi nak kahwin.” Tambah Hariz.
“Rindunya saat kita bersama dulu ermmm...harap kita dapat keluar brsama lagi ya. Kata Veolina.
 Setelah lama berbual Vieolina pun beredar. Lalu Hariz pun beredar dari kafe tersebut dan pergi ke pejabatnya untuk meneruskan pekerjaannya yang agak lama di tinggalkannya. Sejak kebelakangan ini Hariz begitu sibuk kerana menguruskan majlis perkahwianya tidak lama lagi. Maya terlihat Hariz yang bahru sahaja tiba di pejabatnya lalu menyapa Hariz.
“Sayang dah sarapan? Kalau belum marilah makan sama kata tunangnya Maya. Lalu Hariz memberitahu dia sudah sarapan bersama Vieolina.  Riak wajah Maya berubah pucat.
“Aku akan pastikan kau dan Hariz tak akan dapat bersama. Aku akan datang semula untuk merampas semula Hariz dari kau.” Ancam Vieolina.
Setelah sampai di biliknya Vieolina tersenyum sinis sambil melihat botol minyak pengasih tersebut. “Tak lama lagi Hariz akan berada dalam genggaman ku hahaha.”
Haris teringat akan senyum dan tawa Vieolina. Tak semena-mena dia menghubungi Vieolina. Telefon bimbit Vieolina berdering terpapar dalam skrin nama Hariz. Hati Vieolina mulai berbunga-bunga umpama bunga ros yang mekar di taman. Lalu dia pun menjawab pangilan itu dengan suara yang manja.
 “Helo Veio boleh kita lunch sama?” Tanya Hariz.
“Mestilah boleh.  Kita nak lunch kat mana? You mesti tahu tempat yang special dekat sinikan. I baru je balik Malaysia tak sampai satu bulan”. Kata veiolina sambil senyum sinis.
I akan bawa you ke tempat yang special. I belum pernah bawak sesiapa pun pergi tempat ni you orang yang pertama.
Ye ke I orang pertama? You tak pernah bawa Maya ke tempat tu? Maya kan tunang you. Vieolina sengaja menguji keberkesanan minyak itu.
“Dia tak layak nak di ajak pergi ke tempat yang special seperti itu. Kalau you memang layak sebab you sangat cantik umpama bidadari yang turun ke bumi.”. kata Hariz yang telah melupakan tunangnya dan hari perkahwinanya yang bakal dilansungkan tidak lama lagi.
 Hariz do you pick me at my office?” Tanya Vieolina dengan nada menggoda.
“Ya I akan jemput di pejabat. Jam 12.30 tengahari I datang my princes”. Jelas Hariz
“Okay, see you there”. Jelas Vieolina lalu meletakkan panggilan tersebut sambil tersenyum kegembiraan. Dia pun mengambil telefon bimbitnya untuk menghubungi Dian.
Helo, Dian. Kata Veiolina.
Aku tahu mesti kau dapat balik Hariz tinggalkan kau dulukan? Aku dah cakap mak jah yang kita jumpa kelmarin tu sangat hebat hanya orang tertentu saja yang dapat berjumpa dengannya. Kau antara orang yang terpilih. Kata Dian dengan bangga.
“Kau nak tahu Hariz akan kahwin dengan aku. Nanti aku kahwin dengan Hariz kau jadi pengapit aku ya.”  Okey  Dian, nanti kita sambung borak kat rumah. Kata Veiolina penuh yakin.
Maya mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi tunangnya Hariz. “Helo sayang, nanti lunch break kita lunch sama nak tak?” Tanya Maya dengan nada manja.
Maya maaf I nak keluar dengan Vieo. I dah janji dengan dia. Jelas Hariz dengan tegas. 
Bukan you dah janji ke tadi nak lunch dengan I? Tadikan dah breakfast dengan dia? Tanya Maya yang curiga.
 Vieo baru balik dari oversee and dia ada I je. Malam ni kita dinner together ya. Kata Hariz.
Iyalah, kita jumpa malam ni. Kata Maya.
Hariz menamatkan panggilan tanpa memberi peluang untuk Maya menghabiskan kata-katanya.
Wajah Maya kemerah-merahan akibat menahan marah kepada tunangnya yang ingin berjumpa musuh lamanya. Apabila memikirkan tentang Hariz dan Vieolina rasa laparnya hilang serta merta. 
Maya mendapat mesej bergambar dan dia agak terkejut kerana melihat gambar mesra Vieolina dan Haris. Hatinya berasa sakit umpama dihiris pisau yang sangat tajam. Serta merta Maya teringat akan seseorang yang memberi amaran tentang ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka. “Yang memerhatikan aku dan Hariz hanya seorang saja akan buat kerja gila tu pasti Vieolina. Tapi kenapa orang tu nak bagi tahu? Pasti ada sesuatu disebaliknya” kata Maya dalam hati.
            Hari bersilih ganti sikap Hariz semakin berubah sedikit demi sedikit yang dulu seorang yang berdisiplin namun berubah menjadi seorang yang berbeza. Dia sering datang lewat ke pejabat.  ia juga sering berhubung dengan Vieolina dengan menggunakan telefon  hampir setiap masa.
            Hubungan Maya dan Hariz semakin renggang. Persiapan perkahwinan mereka juga tergendala. Hariz kini tidak mengendahkan panggilan telefon daripada Maya. Semakin hari menjelang perkahwinan mereka hariz bertindak diluar jangkaan iaitu membatalkan perkahwinannya dengan Maya.
“Hariz, nak kahwin tapi bukan dengan Maya. Hariz nak kahwin  dengan Veiolina. Sekarang hati Haris hanya untuk Vieo bukan untuk Maya” jelas Hariz.
            “Aku benci tengok kau. Kau tak layak untuk jadi isteri aku. Kau faham ke?” Dengan nada yang geram Haris berkata.
            “Helo honey, I nak ajak you dinner, you free tak?” Tanya hariz.
            “Ya I am free for dinner with you jelas Vieolina. Vieolina tersenyum puas. “Akhirnya aku dapat balik hak yang pernah dirampas dulu.” Kata Vieolina dengan bangga.
Maya sering ternampak lembaga hitam yang selalu bersama Hariz. Kini Maya ternampak lembaga itu semakin jelas dan seperti bayangan Vieolina. Setiap kali Maya berada dirumahnya dia dan hampir setiap malam berlaku kejadian aneh.
Setiap hari pasti ada mata yang memerhatikan disebalik almri lama yang berada di rumahnya. Setiap hari dia mendapat surat layang yang memberi ancaman “aku akan rampas balik hak aku yang kau rampas.”
 “Maya kau bersedialah kau akan rasa apa yang aku rasa hahaha...” kata perempuan misteri itu. Dia mencari pemilik nombor telefon tersebut namun pemilik telefon itu sudah meniggal dunia. Assalamualaikum ibu, Maya takut sangat sekarang ni Maya dah tak tahu nak buat apa lagi. Tidak lama kemudian Maya tidak sedarkan diri.
Hariz membawa Vieolina ke sebuah tempat yang istimewa daningin melamarnya. “Vieo I want to tell you something, will you marry me?
 Hati Veiolina melonjak kegembiraan kerana minyak yang palitkan di tangan Hariz sudah membuahkan hasil yang menakjubkkan. Are you sure what you talk about Hariz? How about Maya? Do you still love her? Tanya Veolina
I sudah tak ada apa-apa perasaan lagi dengan Maya. Semua perasaan itu sudah terkubur sejak I bertemu dengan you. I nak kahwin dengan you bukan Maya. You are very special to me and that make me fall in love with you. Jelas Hariz untuk meyakinkan Vieolina.
Ya I nak kahwin dengan awak. Kata vieolina bangga.
I nak bawa you jumpa Maya and mama I esok. I nak mereka tahu pilihan I. Jelas Hariz dengan yakin.
Dengan bantuan Adam, Maya mulai sedarkan diri. Maya masih berada dalam ketakutan. Kini hidup Maya menjadi kucar kacir kerana gangguan yang semakin lama semakin menyeramkan.
Keesokan harinya Adam terlihat sesuatu yang pelik iaitu tulisan yang berwarna merah ia seakan-akan memberi petanda dendam yang semakin mendalam kepada Maya.
Hariz membawa Veolina kerumahnya dan berjumpa dengan Maya dan ibunya. “Mama, Maya, Hariz nak memperkenalkan cinta hati Hariz.
Maya agak terkejut kerana wajahnya tidak sama dengan Veiolina. Tapi lembaga yang berada disamping Hariz ialah Vieolina.
“Engkau bukan Veiolina” Maya menjerit tiba-tiba. “Veiolina dah mati setahun yang lalu.” Tambah Maya lagi.
“Dia Vieo yang aku kenal lebih lama dari aku kenal kau.” Kata Hariz dengan nada marah.
“Kau nak aku buktikan? Aku ada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa aku betul dan kau salah Hariz.” Kata Maya dengan tenang.
Cuba kau lihat surat khabar ni. 5 Mei 2014 sama dengan hari ni 5 Mei 2015 merupakan setahun Vieo pergi akibat kemalangan yang tragik. Hariz tidak percaya kepada Maya meski pun bukti berada di depan mata.
Adam mulai tersedar ada sesuatu yang pelik dengan Hariz. Seolah-olah  ada sesorang yang berbisik dengan Hariz. Lalu Adam mendapat tahu bahawa Hariz telah terkena sihir. Dengan nada berbisk “sejak bila Hariz berubah perwatakan?” Tanya Adam.
“Sejak dia bertemu dengan perempuan tu. Dia mula beralih arah dan perwatakannya juga berbeza seratus peratus”. Jelas Maya.
“Kemungkinan dia terkena minyak dagu. Itu sangat bahaya dia tidak sedar tentang perkara yang berlaku. Hariz boleh di ibaratkan kerbau yang di cucuk hidung dia akan ikut kehentak orang yang menyihirnya.” Adam mengaggak.
“Adam, Veio dah mati sebenarnya tapi cintanya kepada hariz tak pernah padam sehingga dia datang menjadi entiti yang menakutkan. Aku berada dalam ketakutan Vieo sering datang menggangu aku.” Maya bercerita.
Tapi kenapa Vieo berdendam sangat dengan awak? Soal Adam yang penuh dengan tanda Tanya.
Hariz dan Vieo sahabat tapi Vieo jatuh cinta dengan Hariz setelah mengetahui semua itu Hariz menjauhi Vieo kerana takut aku sakit hati kerana Vieo. Kami merancang nak mendirikan masjid tapi tak menjadi kerana Hariz dah terkena. Bagi Vieo Hariz merupakan orang yang pertama mengetuk pintu hatinya. Adam kau boleh tolong aku tak? Tanya Maya.
Mesti kau nak aku tolong kau sembuhkan Harizkan? Aku dah dapat baca fikiran kau. Tapi aku tak dapat berjanji kerana sihir yang digunakan amat bahaya untuk Hariz. yang membuat aku takut nyawa Hariz akan terancam. Ucap Adam yang masih ragu dengan tidakannya kerana tidak memberi harapan yang tinggi untuk Maya.
Adam telah berjumpa dengan Hariz dan membawanya ke pusat rawatan untuk menyembuhkan Hariz namun riak wajah Hariz berubah.
Hariz berkata “Aku tak nak ikut kau, mesti kau nak pisahkan aku dengan cinta hatiku Veio kan? Kau jangan cuba pisahkan aku dengan dia.” Namun wajah Hariz berubah menjadi seorang wanita yang hodoh. Jelas sekali Hariz telah dikuasai dengan entiti yang kuat untuk menguasai Hariz.
Adam bermimpi yang Hariz akan mati kerana kemalangan yang tragik. Lalu Adam memberitahu Maya. “Maya aku bermimpi Hariz akan ditimpa kemalangan. Aku takut jika ia benar-benar berlaku.” Lalu kedengaran Maya menjerit ketakutan.
Maya terlihat sebuah kertas yang mengatakan “hari ni hari terakhir Hariz bersama kau, dia akan bersama aku selamanya.” Maya memberi tahu Adam tentang surat itu.
Adam terlihat Hariz sedang melintas jalan lantas Adam menjerit “Hariz!! Hariz!!” namun tidak diendahkan. Adam cuba untuk menghalang Hariz namun tidak Berjaya. Kemalangan tragik itu berlaku di hadapan matanya sendiri. 

Maya pula mendapat panggilan daripada wanita misteri itu “Maya aku dah dapat hak aku semula. Perempuan yang bersama Hariz ialah kembarku. Dan minyak dagu itu diperbuat dari mayatku sendiri agar aku dapat bersama Hariz semula hahaha…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan